Sunday, November 17, 2019

23 NOVEMBER 2019 (SABTU)

7.30 pagi : Acara Larian 'Orange Batik Run' 2019 bersempena Hari Antarabangsa Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) Peringkat Negeri Terengganu anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama TAC Discovery Centre (TAC Outdoor) di Pasarnita, Kuala Terengganu

8.00 pagi : YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merasmikan Program 'Karnival Kitakan Keluarga' bersempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2019 di Dataran Pasarnita Tanjung, Kuala Terengganu
#Hubungi Encik Mohd Yusoff bin Aminudin @ Amiludin : 019-9199886 

8.15 pagi hingga 1.00 tengah hari : Program Ijtimak DUAT bersempena Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk (Kalimat) Negeri Terengganu anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

8.30 pagi : Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSRI Madrasah Darul DAR Terengganu 2019 di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Dungun.

9.00 pagi : Himpunan Kelab-Kelab Kereta Negeri Terengganu 2019 anjuran Urusetia Belia, Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) di Pekarangan Kompleks Stadium Sultan Mizan zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Nerus
#Hubungi Encik Khairudin bin Muhamad : 019-9271507 

9.00 pagi : YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri merasmikan International Conference On Islamic Civilization & Technology Management 2019 anjuran TATIUC & Unisza di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

2.45 petang : YABhg. To' Puan Seri Tuan Faizah binti Tuan Ab Rahman, isteri kepada Menteri Besar menghadiri Program Ikatan Kasih di Restoran Kelulut, Marang.

8.00 malam : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhta, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Iman di Permai Hotel, Kuala Terengganu