Tuesday, November 12, 2019

19 NOVEMBER 2019 (SELASA)

7.00 pagi : Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Marang bermula dari Dataran Marang dan berakhir di Majlis Daerah Marang (MDM), Marang.

8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari : YB Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional Negeri menghadiri Perasmian Program Seminar Kekeluargaan 'Anak Susuan Patuh Syariah' Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2019 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.  
#Perasmian pukul 10.00 pagi 

9.30 pagi hingga 2.00 petang : YABhg. To' Puan Seri Tuan Faizah binti Tuan Ab. Rahman, isteri kepada Menteri Besar Terengganu menghadiri Program EPIC Cakna & Prihatin 2019 anjuran Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad dengan kerjasama Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan SABASUN HyperRuncit Sdn. Bhd. di Kg. Rhu Dua, Kg. Rhu Renggeh dan Kg. Rusila, Marang.
#Majlis Penutup di Dewan MPKK Rhu Rendang, Marang

12.00 tengah hari : Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu (MDS) menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Sambutan Kitar Semula Kebangsaan Peringkat Daerah Setiu 2019 di Dewan Serbaguna, MDS, Sungai Tarom, Setiu