Tuesday, November 12, 2019

14 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

7.30 pagi : Program Gotong Royong 'La Kapaz Beach Clean' Pulau Kapas Kali Ke-2 Tahun 2019 anjuran Pejabat Daerah Marang di Pulau Kapas, Marang
#Berkumpul di Jeti Pelancongan Marang, Marang

10.00 pagi : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Dato’ Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Majlis Perasmian Program Karnival Perkampungan Berkat di Pentas Utama, Padang Bola Kg. Atas Tol, Kuala Terengganu

10.00 pagi : YB Dato' Mohd Zahari bin Md Azahar, Setiausaha Kerajaan Terengganu menghadiri Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan '1 Inovasi, 1 Jabatan, 1 Tahun' Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman Tahun 2019 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

10.00 pagi : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri mengadakan Lawatan Rasmi ke Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) di PT 3848, No. 62, Tingkat 5, Paya Keladi, Jalan Banggol, Kuala Terengganu
#UPDI sahaja 

11.00 pagi : YB Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Terengganu Monsoon Science Camp 2019 anjuran Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama Pusat Sains Negera (PSN) di Angulia Beach House Resort, Kg. Rhu Muda, Marang
#Hubungi Puan Zuriana bt Ibrahim / Encik Tuan Azmi : 09-6174004 

11.30 pagi : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menghadiri Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Piala Batik Arfa 2019 bersempena Festival Batik Ganu Kite 2019 anjuran Noor Arfa Craft Complex (NACC) di NACC, Chendering, Kuala Terengganu.

8.30 malam : Program Dialog EXCO Kerajaan Negeri Bersama Rakyat di Dewan Majlis Daerah Setiu (MDS), Sg. Tarom, Permaisuri, Setiu.
Ahli Panel : 
1) YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri. 
2) YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri. 

3) YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri.