Thursday, October 24, 2019

29 OKTOBER 2019 (SELASA)

8.00 pagi hingga 3.00 petang : Pemilihan Sidang DUN Belia Terengganu 2019 anjuran Urus Setia  Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) di Sek. Keb. Sultan Sulaiman 1, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu
#Hubungi Ustaz Muhammad Irsyad Syafiq bin Burhanuddin : 013-9120212 

9.00 pagi : YABhg. To' Puan Seri Tuan FAizah binti Tuan Ab Rahman, isteri kepada Menteri Besar menghadiri Program Bicara Santai Wanita (i-MiTS) di Dewan Komuniti Medan Jaya, Marang

9.00 pagi : Program Penghantaran Barang-Barang Keperluan Banjir Ke Pengkalan Hadapan Pulau Redang, KualaTerengganu anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah KualaTerengganu. 
#8.00 pagi berkumpul di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Terengganu, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu

10.00 pagi : YB Dato’ Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu mengadakan Lawatan Kerja ke Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) di Dewan Konvensyen, YPU, Jalan Hiliran, Kuala Terengganu.

11.00 pagi : YB Ustaz Maliaman bin Kassim, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merasmikan Program Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Kebangsaan Sesi 2019/2020 anjuran Sekretariat PERMATA Kebangsaan di Dewan Besar, Yayasan Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu

3.30 petang : YB Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri menghadiri Majlis Penyerahan Cek Di Bawah Pembiayaan Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS) anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) di Dewan Konvensyen, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu