Thursday, October 10, 2019

17 OKTOBER 2019 (KHAMIS)

7.00 pagi hingga 1.00 tengah hari : Program Gotong-Royong 'Beach Clean' Pulau Kapas anjuran Pejabat Daerah Marang di Pulau Kapas, Marang
#Berkumpul di jeti pukul 7.00 pagi 

8.30 pagi : YB Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri merasmikan Program Roadshow Pelaksanaan Pelan Induk Koridor Ekologi Central Forest Spine ((CFS) 2019 di Taman Rekreasi Tasik Puteri Bukit Besi, Dungun
#Hubungi Penolong Pengarah (Perancangan dan Pengurusan Hutan) Encik Muhamad Hafni bin Saraji : 012-5003159 

9.15 pagi : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Dato’ Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua DUN Terengganu menghadiri Majlis Perasmian dan Pelancaran Kempen Keahlian T-Volt bersempena Kongres Muafakat NGO Terengganu anjuran Urusetia Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu (UBSNT) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

12.15 tengah hari : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Negeri menghadiri Majlis Perasmian Penutup dan Pelancaran Kempen Keahlian T-Volt bersempena Kongres Muafakat NGO Terengganu anjuran Urusetia Belia, Sukan & NGO Negeri Terengganu (UBSNT) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

2.00 petang : YB Puan Hajah Zuraida binti Md Noor, ADUN Wanita Terengganu menghadiri Majlis Perasmian Penutup Duta Sains Terengganu 2019 Siri Ke-4 di Bilik Seminar, Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu

8.00 malam : Program Dialog EXCO Kerajaan Negeri Bersama Rakyat di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Dungun
Ahli Panel : 
1) YB Ustaz Satiful Bahari Mamat
2) YB Dr Haji Alias Razak
3) YB Haji Hanafiah Mat