Thursday, May 16, 2019

22 MEI 2019 (RABU)

8.45 pagi : YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merasmikan Majlis Sambutan Memperingati Nuzul Quran dan Badar Qubra  Negeri Terengganu Tahun 1440H/2019M di Masjid Bandar Permaisuri, Setiu

9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari : Klinik Hukum Bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu anjuran Jabatan Mufti Negeri Terengganu di Jabatan Mufti Negeri Terengganu
#Ahli Panel : YBhg. Tuan Haji Talib bin Abd. Rahman
#Hubungi Urusetia : 09-6252525 samb. 3184

9.00 pagi : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menghadiri Majlis Sumbangan Zakat MTD Wakaf Mempelam di Pejabat DUN Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.

1.30 tengah hari : Sidang Media oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu bersempena ketibaan pelajar dan guru pengiring yang memenangi beberapa anugerah utama dalam Pertandingan European Exhibition Of Creativity And Innovation (Euroinvent 2019) di Lasi, Romania pada 16-18 Mei 2019 di Bilik Media, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus
#Hubungi Cikgu Rohana Usop, SMK Panji Alam, Kuala Terengganu : 019-9181559

5.00 petang : YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menghadiri Program Majlis Penutup UMT Mengaji Tanpa Henti (The Malaysia Book Of Record Longest Non Stop Al Quran Recital) di Masjid Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus

5.30 petang : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menghadiri Majlis Iftar dan Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Kuala Terengganu di MTPKT

6.00 petang : YBM Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri menghadiri Majlis Berbuka Puasa PASTI Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Kuala Ibai, Kuala Terengganu