Thursday, May 16, 2019

21 MEI 2019 (SELASA)

12.00 tengah hari hingga 1.00 tengah hari : YM Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abd Jalil, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Penaung Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merasmikan Projek Baju Raya AKRAB 2019 (Penyampaian Sumbangan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim dan Fakir Miskin) anjuran AKRAB di Mydin Mall, Gong Badak, Kuala Nerus

2.30 petang : Program 'Beyond The Moon : 50th Anniversary Of Moon Landing' anjuran Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama Kedutaan Amerika Syarikat dan MDEC di Auditorium PSKT, Kg. Laut, Chendering, Kuala Terengganu

5.00 petang : YB Puan Zuraidah binti Md Noor, ADUN Wanita Terengganu merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri Pertama Tahun 2019 dan Majlis Berbuka Puasa Dengan Anak-Anak Yatim Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di The Regency Waterfront Hotel, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

6.00 petang : YB Ustaz Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri menghadiri Majlis Berbuka Puasa Ladang Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. di Ibu Pejabat, Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd., Kemaman.  

6.00 petang : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankausa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menghadiri Majlis Iftar MTD Wakaf Mempelam di Pejabat DUN Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu