Thursday, July 24, 2014

28 JULAI 2014 (ISNIN)

1 Syawal 1435

MB Batal Rumah Terbuka Aidilfitri Bagi Hormati Mangsa MH17 

Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman hari ini membatalkan Majlis Rumah Terbuka beliau sempena Aidilfitri pada hari raya pertama bagi menghormati mangsa yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lalu. 

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, pembatalan itu sejajar dengan keputusan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jemaah Menteri 2014 yang diumumkan semalam.

"Walaupun kita masih bersedih di atas kejadian yang berlaku, sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan satu syariat bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa.

"Semoga sambutan Aidilfitri tahun ini disambut dengan amalan kunjung-mengunjung dan penuh kesederhanaan bagi mengelakkan pembaziran," kata kenyataan itu hari ini.