Sunday, July 20, 2014

23 JULAI 2014 (RABU)

10.00 pagi : Duli Yang Teramat Mulia Yang DiPertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Fakir Miskin Sempena Hari Raya Aidilfitri 1435H di Balai Islam, Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.

5.00 petang : YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada  YB Haji Mohd Zubir bin Embong, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri ke Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya bersempena Musim Perayaan Aidilfitri 2014 (Kempen Balik Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014) di Hadapan Medan Selera Padang Negara, Jalan Batu Burok, Kuala Terengganu.

5.30 petang : Majlis Promosi Hari Koperasi Negara 2014 dan Iftar Ramadhan Bersama YBhg. Datuk Pengerusi Eksekutif, Warga SKM Negeri Terengganu dan Koperasi di Puncak Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.

6.00 petang : YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke Majlis Berbuka Puasa UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

6.00 petang : Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kolej TESDEC dengan Kolej Universiti TATI di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.