Sunday, June 30, 2019

4 JULAI 2019 (KHAMIS)

11.00 pagi : Ketua Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Malaysia, YBhg. Dato' Jamal Harizan bin Yang Razali menyempurnakan Program Hari Bertemu Pelanggan MOA Inc Peringkat Negeri Terengganu di Pekarangan Kompleks Pertanian Gong Pauh, Kuala Terengganu
#Sidang Media selepas majlis
#Hubungi Pegawai Pertanian Seksyen Komunikasi, Puan Jariyah binti Abd Rahim : 09-6274197 / 019-9163243

4.00 petang : YB Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kursus Pengucapan Awam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Kuala Nerus di Dewan Auditorium, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.

6.00 petang : YBM Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri dan YB Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO Negeri menziarahi Encik Abdul Halim (pelumba kereta dari Terengganu yang mewakili Malaysia berlumba di Indonesia dalam acara Asian Auto Gymkhana Competition (AAGC) Round 1) di Kg. Bukit Kecil, Kuala Terengganu