Sunday, December 16, 2018

20 DISEMBER 2018 (KHAMIS)

9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari : YB Tuan Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatan Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Kali Kedua Tahun 2018 di Bilik Gerakan, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, Bangunan Mahkamah Syariah, Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu

9.00 pagi : YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri dan Pegawai Daerah Marang mengadakan Lawatan Kerja Menilai Pembangunan Pulau Ranggut, Merchang di Pulau Ranggut, Merchang, Marang

9.00 pagi : Majlis Pembahagian Pakaian Sekolah Kepada Penghuni Asrama Darul Akhyar Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2019 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) di Dewan Kenanga, Club House, Terengganu Equestrian Resort (TER), Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.