Tuesday, October 10, 2017

17 OKTOBER 2017 (SELASA)

8.00 pagi : YB Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri merasmikan Wacana Kelestarian Keharmonian Negara Peringkat Daerah Marang 2017 anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PPNIN) dengan kerjasama Pejabat Daerah Marang (PDM) di Dewan Auditorium, Institut Latihan Perindustrian (ILP) Marang

11.00 pagi : YBhg. Dato' Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH ke Program Jom Bantu Rakyat dan Memasak Bubur Asyura Wilayah KETENGAH 1439H/2017M di Kampung Bukit Merah, Mukim Kumpal, Dungun

2.00 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu melawat Encik Ramachandran dan keluarga (mangsa kebakaran) yang baru menerima rumah baharu PPR Hiliran dan menyampaikan bantuan bersempena Sambutan Hari Deepavali di Flat Hiliran, Blok C, Tingkat 9-11, Rumah Pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR), Kuala Terengganu

3.15 petang : YABhg. To' Puan Seri Hajah Halina binti Zakaria, isteri kepada Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Pertandingan Bakat Kesenian Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-Kanak Peringkat Negeri Terengganu 2017 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Terengganu dengan kerjasama Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI) di Auditorium 1, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.