Sunday, August 20, 2017

26 OGOS 2017 (SABTU)

8.00 pagi : YBhg. Dato' Haji Din bin Adam, Pegawai Pembangunan DUN Dungun merasmikan Program Sambutan Hari Malaysia bersempena Bulan Kemerdekaan 2017 Negeri Terengganu Darul Iman di Pulau Tenggol, Dungun

9.00 pagi : YB Dato' Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & dan Sumber Manusia Negeri merasmikan Karnival Sukan Permata 2017 bersempena Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 anjuran Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus

11.30 pagi : Sidang Media oleh YB Haji Nawi bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri bersempena Majlis Perasmian Dialog Usahawan Daerah Dungun anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bersama Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) di Dewan Majlis Perbandaran Dungun (MPD), Dungun.

3.00 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu menyaksikan Pertandingan Ragbi di Padang Ragbi, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.

3.30 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YBhg. Dato' Haji Mohd Yasim bin Awang, Pegawai Daerah Kuala Terengganu ke Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah bersempena Terengganu International F3000 Powerboat Championship 2017 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu di Pentas Utama, Pulau Warisan, Kuala Terengganu.

8.30 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri menyampaikan Ucaptama Perasmian Penutupan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Kebangsaan 2017 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.

8.30 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu merasmikan Festival Peranakan Terengganu 2017 di Kampung Cina, Kuala Terengganu

12.00 tengah malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Program Merdeka Drag Race 2017 / Pertandingan Motorcross di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.
#Hubungi Encik Anas Hazizul bin Muhamad : 012-9474271