Monday, June 5, 2017

8 JUN 2017 (KHAMIS)

10.30 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) di Dewan Az Zahra, Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

6.30 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu menghadiri Majlis Berbuka Puasa Terengganu Inc. Sdn Bhd (TISB) Bersama Media di Hotel Permai, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

12.00 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu merasmikan Futsal Sahur Challenge 2017 anjuran Penyelaras Pemuda DUN Seberang Takir di Sports Planet, Gong Badak, Kuala Nerus.