Wednesday, April 12, 2017

16 APRIL 2017 (AHAD)

TENTATIF PROGRAM
MAJLIS PECAH TANAH PROJEK PEMULIHARAAN 
MUARA SUNGAI BESUT, TERENGGANU (GERBANG PELANCONGAN BESUT)
OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 16 APRIL 2017 (AHAD)
DAERAH BESUT, TERENGGANU

8.00 pagi : YAB Perdana Menteri berlepas ke Besut dengan helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu ke Kem TUDM Gong Kedak, Besut.

8.30 pagi : Ketibaan YAB Perdana Menteri di Kem TUDM Gong Kedak, Besut dan berkereta ke lokasi majlis di Muara Sungai Besut, Kuala Besut.

8.45 pagi : Ketibaan YAB Perdana Menteri di lokasi Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu (Gerbang Pelancongan Besut) di Simpang 3 Kuala Besut dan masuk ke tapak program.

9.00 pagi : Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut, Terengganu (Gerbang Pelacongan Besut)

- Nyanyian Lagu Negaraku Dan Transformasi Terengganu Baharu
- Pembukaan Majlis Oleh Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Aluan Oleh Ketua UMNO Bahagian Besut
- Ucapan Oleh YB Ahli Parlimen Besut
- Ucapan Oleh YB Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia
- Ucapan Oleh YAB Menteri Besar Terengganu
- Ucapan Perasmian Majlis Pecah Tanah Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
- Gimik Perasmian Majlis Pecah Tanah (Di Pentas)
- Penyampaian Cenderahati
- Melawat Ruang Pameran Dan Taklimat Projek Oleh JPS Malaysia
- Jamuan Ringan

10.45 pagi : YAB Perdana Menteri bergerak ke Kem TUDM Gong Kedak untuk berlepas ke Dungun.

11.00 pagi : YAB Perdana Menteri dengan helikopter berlepas dari Kem TUDM Gong Kedak ke Padang Sekolah Menengah Sains Dungun, Dungun.

***************

TENTATIF PROGRAM
PELANCARAN JOM BANTU RAKYAT OLEH YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 16 APRIL 2017 (AHAD)
DAERAH DUNGUN, TERENGGANU

12.00 tengah hari : Ketibaan YAB Perdana Menteri di Padang Sekolah Menengah Sains Dungun (Helikopter).

12.10 petang : YAB Perdana Menteri dan rombongan bergerak dengan kereta ke kediaman Puan Hajah Zaleha binti Long, Mantan Ketua Wanita Bahagian Dungun di Kampung Molek, Dungun.

12.30 petang : YAB Perdana Menteri dan rombongan bergerak ke Rumah Daerah Dungun untuk berehat.
- Masjid Sura Hujung ke Kg. Limbong (20 minit)

2.00 petang : YAB Perdana Menteri dan rombongan bergerak ke Kg. Limbong, Paka bagi Program Sentuhan Rakyat bersama pimpinan tempatan.
#Penyampaian sumbangan kepada 2 buah rumah berupa keperluan rumah dan perabot.

- YAB Perdana Menteri bergerak ke Tapak Perumahan Rakyat Kg. Santong, Paka bagi Majlis Pelancaran Jom Bantu Rakyat dan Gimik Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB.
#Perjalanan dari Kg. Limbong ke Santong (7 minit)

2.50 petang : Ketibaan YAB Perdana Menteri dan rombongan di Tapak Perumahan Rakyat Kg. Santong, Paka dan menyertai Jamuan Rakyat dan diiringi oleh persembahan rakyat #Jamuan Rakyat bermula pukul 1.00 petang hingga 3.00 petang

3.00 petang : YAB Perdana Menteri ke Pentas utama bagi Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu UMNO
- Pembukaan Majlis oleh Pengacara Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan aluan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun
- Ucapan oleh YAB Menteri Besar Terengganu merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
- Ucapan Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
- Pelancaran JOM BANTU RAKYAT
- Gimik Pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB
- Penyampaian-Penyampaian – wakil 1 orang setiap kategori
#Penerima Mobilepreneur/ Tuisyen Rakyat/ Agihan TOM/ JKM/ Bantuan Nelayan (LKIM)/Penyampaian Geran Tanah/Jadual 5A/ Jelajah Pendidikan Bumiputera (surat tawaran ke universiti)
- Sidang Media 
- Majlis Bersurai

4.30 petang : YAB Perdana Menteri akan bergerak balik ke Kuala Terengganu dengan kereta.

5.30 petang : YAB Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), dan berlepas balik ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas.

***************