Thursday, February 23, 2017

3 MAC 2017 (JUMAAT)

 ULANG TAHUN PERTABALAN 
 KDYMM SULTAN TERENGGANU 

4.30 pagi hingga 10.00 pagi : Program Munajat Ummah dan Solat Sunat Duha Perdana di Dewan Solat Utama, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Kuala Terengganu.
~Aturcara~
~4.30 pagi : Qiamullail & Munajat dipimpin oleh Sheikh Mohammad Abdel Hamid Kulaib Al-Azhari Al-Misri (Imam Khas Masjid Negeri)
~6.15 pagi : Solat Subuh Berjemaah
~6.45 pagi : Kuliah Subuh (Menelusuri Sejarah Kegemilangan Negara Islam)
~7.30 pagi : Sarapan Pagi
~8.00 pagi : Solat Duha Perdana dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Aizi Saidi bin Abd Aziz (Imam Besar Negeri Terengganu)
~8.30 pagi : Istimewa Kuliah Duha Perdana oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Din (Rahsia Di Sebalik Tabir Waktu Duha)
~10.00 pagi : Bersurai

2.30 petang : YB Dato' Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri ke Majlis Perasmian Program Bakti Siswa 2017 anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Sivik, Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.
#Sidang Media selepas majlis perasmian

8.00 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Makan Malam Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu

9.00 malam : YB Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri merangkap ADUN Pengkalan Berangan menghadiri Program Forum Perdana Keluarga Bahagia Impian Semua di Dataran Kg. Tebakang, Marang.