Monday, October 26, 2015

27 OKTOBER 2015 (SELASA)

9.30 pagi : Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Rusli bin Yusoff ke Majlis Pentauliahan Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Terengganu 2015 di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun.

2.00 petang : YB Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri ke Majlis Penutup Program Elit InES-P Sekolah-Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu (SMIYT) 2015 di Pusat Islam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu.

2.30 petang : YB Encik A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri ke Majlis Perjumpaan Besama Pelajar Tingkatan Enam Daerah Marang di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

3.30 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan isteri, YABhg. To' Puan Seri Hajah Halina binti Zakaria ke Program Himpunan Seledang Merah Wanita UMNO Dungun di Sek. Keb. Pulau Serai, Dungun.

8.30 malam : YB Encik A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri ke Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bolasepak Piala YB Ketua UMNO Bahagian Marang di Padang Bola Majlis Daerah Marang (MDM), Kg. Paya, Marang

***************

Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Bergerak (Cukai Taksiran) 
Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
10.00 pagi hingga 3.00 petang 
di Taman PMINT Jaya, Chendering