Monday, May 4, 2015

7 MEI 2015 (KHAMIS)

9.00 pagi : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Karnival UniSZA Universiti Komuniti "Dari Mata Turun Ke Hati" anjuran Pusat Perhubungan Alumni, Industri dan Komuniti (PPAIK) dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Tapak Karnival, UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

11.00 pagi : Sidang Media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Wan Abu Bakar Wan Omar, Pengerusi TDM Berhad bersempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas 50 Tahun TDM Berhad di Hotel Permai, Kuala Terengganu.
#Hubungi Norfar'rizan Hashim, Eksekutif Komunikasi Koporat TDM Berhad : 09-6228000/019-9155401

9.00 pagi - 12.00 tengah hari : Majlis Penyampaian Bantuan Baucer Buku 1 Malaysia oleh Puan W. Fadzilah binti W. Dagang, Pengarah Jabatan Pembangunan (JPK) Wilayah Timur kepada Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia 2015 Showme International College di Foyer, Showme International College, Kompleks Usahawan Terengganu (KUT), Manir, Kuala Terengganu.