Thursday, February 26, 2015

3 MAC 2015 (SELASA)

9.00 pagi hingga 12.30 tengahari : YB Haji Nawi bin Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi merasmikan Majlis Penyampaian Dividen Projek Ternakan Ayam Daging Kepada Peserta Azam Tani & Zakat di Dewan Orang Ramai, Kampung Telaga Papan, Kerteh.

11.30 pagi : YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Memperkenalkan Pelumba, Pelancaran Jersi dan Penajaan Terengganu Cycling Team (TSG) anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

8.30 pagi - 4.30 petang : Program 'Jom Masuk UniSZA 2015' anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, Batu Rakit, Kuala Terengganu.