Monday, March 24, 2014

29 MAC 2014 (SABTU)

9.00 pagi : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dan YABhg. To' Puan Seri Hajah Norliza binti Mahmud ke Majlis Perasmian Program Purple Walk bersempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2014 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.
#PROGRAM INI DITUNDA

9.30 pagi : YB Dato' Haji Mazlan bin Ngah, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Majlis Pelepasan "Flag Off" Konvoi Muhibah bersempena Bike Week 2014 di Dataran Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.

10.00 pagi : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Haji Muhammad Pehimi bin Yusof (EXCO) untuk merasmikan Majlis Penutup Karnival Sukan Zon Timur 2014 dan merasmikan Bangunan Baharu di Wisma Promacatera, Lot 5970 Kg. Teluk Ketapang, Seb. Takir, Kuala Terengganu.

10.00 pagi : YB Dato' Sri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II ke Majlis Perasmian Pelancaran Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2014 Kali Ke-10 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu.

10.00 pagi : YBhg. Dato' Haji Mohd Yasim bin Awang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merasmikan Mesyuarat Agung/Perwakilan Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Bahagian Negeri Terengganu (PKKM) Tahun 2014 Kali Ke-22 di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

12.15 tengah hari : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Kali Ke-10 Persatuan Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu di Restoran B'Benteng, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

8.45 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu merasmikan Terengganu Bike Week 2014 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.

**********

Karnival Aman Palestin 
sempena Pelancaran Tabung Syria-Aman Palestin 
di Mesra Mall, Kemaman
 10.00 pagi hingga 10.0 malam
pelbagai acara diadakan
semua dijemput hadir