Monday, September 23, 2013

29 SEPTEMBER 2013 (AHAD)

9.45 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu menyambut keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu ke Majlis Perasmian Agropolitan Besut/Setiu bersempena Sambutan Ulang Tahun Yang Ke-51 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu di Kampung Panchur Berderu, Setiu.
#Pakaian : Batik

10.00 pagi : YBhg. Dato' Sri Sharizat binti Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia merangkap Penasihat Perdana Menteri (Bidang Keusahawanan) ke Majlis Merdeka Raya Semarak Kasih di Dewan Terbuka, Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

3.00 petang : Sidang Media oleh YBhg. Dato' Shafii bin Mohamad, Pengarah JKR Negeri Terengganu berkenaan Masjid Bukit Tunggal di Bilik Mesyuarat, Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Jalan Pejabat, Kuala Terengganu.

5.00 petang : YAB Menteri Besar Terengganu menyaksikan Majlis Menandatangani MOU KETENGAH & MARDI dan Ikrar Intergriti Koporat KETENGAH-SPRM di Dewan Gamelan, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

***************

Hari Kelapan : Program Walk4Malaysia bermula dari RnR Gambang ke Hentian Sebelah Maran, Pahang.
(Jarak : 31.8km)

8.30 malam : Forum Perdana Cakna Keluarga 'Syukur Keluargaku Bahagia' anjuran Bersama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dan BN.9, Pasukan Gerakan Am, Polis DiRaja Malaysia, Kubang Badak, Kuala Terengganu di Batalion 9 PGA, Kubang Badak