Sunday, October 15, 2017

22 OKTOBER 2017 (AHAD)

8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari : Program Simposium COMBI Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Dewan Teater, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu
#Perasmian Penutup oleh Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu pada pukul 12.00 tengah hari
#Sidang Media selepas perasmian

11.25 pagi : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu menghadiri Majlis Perasmian Penutup Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

2.30 petang : YB Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri melawat persiapan menghadapi bencana banjir di Depoh Simpanan Keperluan Bencana Negeri, Pulau Kerengga, Marang

3.30 petang : YB Haji Ir. Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri ke Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kuiz Alam Sekitar Lestari 2017 Peringkat Wilayah Pantai Timur anjuran Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di Dewan Auditorium, PSKT, Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu.