Monday, April 27, 2015

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN TAZKIRAH PERDANA


Thursday, April 23, 2015

5 MEI 2015 (SELASA)

3.30 petang :  YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu melawat pelajar (18 tahun) yang menghidap kanser tahap empat di Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu.

8.00 malam : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Perasmian dan Pertandingan Kenderaan Berhias 2015 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-53 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu.
#Perarakan Kenderaan Berhias dari Dataran Shahbandar (melalui Hock Kee Seng - Hotel Tanjung Vista - Lampu Isyarat Uncle Chua - Hadapan Sumai Hotel Apartment - Bulatan Batu Burok {berkumpul sebelum berarak di hadapan Kelab Eksklusif}) ke Taman Awam Batu Burok

4 MEI 2015 (ISNIN)

11.30 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Bersama Warga Istimewa dan Fakir Miskin di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempuan - Baju Kurung Bertudung

3.00 petang : Sidang Media bersempena Hari Ibu dan Promosi Ramadan 2015 anjuran Hotel Permai di Restoran Cahaya, Hotel Permai, Kuala Terengganu.

3 MEI 2015 (AHAD)

*HARI WESAK*

9.30 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Paya Bunga Square, Kuala Terengganu.
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempuan - Baju Kurung Bertudung

2 MEI 2015 (SABTU)

8.00 pagi - 12.00 tengah hari : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Program Memperingati Hari Anti Dadah Kebangsaan (HADK) Peringkat Negeri Terengganu 2015 Di Kalangan J3K DUN Seberang Takir di Dataran Permata, Kg. Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Wednesday, April 22, 2015

1 MEI 2015 (JUMAAT)

*HARI PEKERJA*

12.00 tengah hari : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Muhammad, Bukit Besar, Kuala Terengganu.
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempuan - Baju Kurung Bertudung

8.15 malam : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Forum Agama di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
#Ahli Panel
1) YBhg. Datuk Ustaz Kazim Elias
2) YBhg. Tuan Haji Badlisham
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempuan - Baju Kurung Bertudung

30 APRIL 2015 (KHAMIS)

9.00 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempuan - Baju Kurung Bertudung

12.00 tengah hari : Majlis Penyampaian Sumbangan Tiket Penerbangan dan Wang Saku Kepada Ibu Bapa Nur Atikah binti Alias, Pelajar Perubatan Tajaan Yayasan Terengganu di Rusia di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 1, Bangunan Yayasan Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

6.30 petang : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Perdana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu.
#Semua dijemput hadir
#Sila bawa sejadah bersama

29 APRIL 2015 (RABU)

9.00 pagi : YAB Dato' Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Mesyuarat EXCO di Bilik Mesyuarat MMKN, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

2.30 petang : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu dan YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ke Majlis Taklimat Pelan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Di Hati Rakyat di Dewan Besar, Tingkat Bawah, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

28 APRIL 2015 (SELASA)

9.30 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Wad Ibu dan Kanak-Kanak (Wad Bersalin) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ), Kuala Terengganu.
#Pakaian :
i) Lelaki - Lounge Suit Bersongkok
ii)Perempaun - Baju Kurung Bertudung

27 April 2015 (ISNIN)

26 APRIL 2015 (AHAD)

*HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DYMM SULTAN TERENGGANU*

9.00 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempaun - Baju Kurung Bertudung

25 APRIL 2015 (SABTU)

4.00 petang : YB Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri ke Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir Peringkat ASEAN Tahun 2015 di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Sunday, April 19, 2015

24 APRIL 2015 (JUMAAT)

8.30 malam : YAB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Karnival GenY Pemuda Marang di Dataran Marang, Marang.

23 APRIL 2015 (KHAMIS)

8.00 pagi : YB. Dato’ Mohd Jidin bin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri merasmikan Program Gotong Royong Pembersihan Pantai dan Sungai Setiu Peringkat Daerah Setiu di Pantai Rhu Sepuluh dan Tapak Astaka Lama Bandar Permaisuri, Setiu.

9.00 pagi - 12.00 tengah hari : YB Dato' Seri Haji Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Kemaman di Perkarangan Pejabat PPK Kemaman, Kemaman.

11.30 pagi : YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Pembangunan Projek Propagasi Karang Di Pulau Bidong di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

11.30 pagi : YB. Encik A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri ke Majlis Perasmian Karnival Ko-Kurikulum di Sek. Men. Keb. Bukit Sawa, Marang.

3.00 petang : YB. Encik A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri hadir sama dalam Lawatan Kerja YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Dewan Pertubuhan Peladang Bukit Payong, Marang.

5.00 petang : Fiesta Mencandat Sotong Bersama Media anjuran Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
#Berkumpul di Jeti LKIM, Marang 
#PROGRAM INI DITANGGUHKAN