9.30 pagi : YB Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri bersama YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan bersempena Lawatan Timbalan Menteri Kesihatan ke Terengganu di Pejabat Tapak Projek Hospital Dungun, Kuala Dungun, Dungun.
#Hubungi Cik Wong Chai Yi : 012-7771152
10.00 pagi : YB Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri menghadiri Majlis Perasmian Bengkel Kaedah-Kaedah (Akuakutur Perikanan Darat) Negeri Terengganu 2019 di Dewan Besar, Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, Kuala Terengganu.
10.40 pagi : YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menghadiri Majlis Jalinan Mesra Ahli Kelab Pesara Kerajaan Malaysia Negeri Terengganu (KUPEKMAS) Bersama Menteri Besar Terengganu di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, Kuala Terengganu.
11.00 pagi : YB Dr. Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri menghadiri Majlis Perasmian Hari Peladang di Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
11.00 pagi : Segmen Bicara Kesihatan : Persediaan Pesakit Kronik Ketika Ramadhan Bersama Prof. Dr. Hamry Mohamed Yusoff, Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Studio TV Darul Iman, UPDI, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu.
#Tonton di : https://www.facebook.com/TvDI3
2.30 petang : YB Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri menghadiri Dialog Petani, Nelayan dan Penternak di Kg. Rhu Sepuluh, Setiu.
8.00 malam : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menghadiri Majlis Makan Malam Parlimen Kuala Terengganu Bersama YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Ahli Parlimen Marang merangkap Presiden PAS di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.