7.30 pagi hingga 5.00 petang : Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) : EcoTrip@Setiu Wetland anjuran UniSZA Consultancy Sdn Bhd (UCSB) dengan kerjasama UniSZA Tourism Sdn Bhd (UTSB) di Laguna Agro Setiu, Setiu Werland, Setiu.
7.45 pagi : YB Tuan Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu menghadiri temubual (on-air) dalam Segmen Manis-manis Pagi anjuran Radio Manis FM berkenaan : Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di Konti Manis FM, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
8.30 pagi : Program Tazkirah Bulanan oleh YB Haji Hilmi bin Harun, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Sumber Manusia) di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
9.00 pagi hingga 11.30 pagi : YB Tuan Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
#Hubungi Urusetia DPPMT : 09-6222539
10.30 pagi : YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu merasmikan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2019 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu dan University College Bestari (UCB) di Dewan Terbuka, UCB, Putera Jaya, Permaisuri, Setiu.
#Hubungi Encik Muhamad Hafni bin Ahmad Saraji :012-5003159
8.00 pagi hingga 4.00 petang : Seminar Bimbingan Lestari Melangkah Ke IPT Bagi Lepasan SPM dan STPM 2018 'Sifar Keciciran Ke IPT' di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
9.00 malam : Program Sembang Santai Berama Ustaz Azhar Idrus bersempena Program Terengganu Bike Week 2019 anjuran Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu di Pentas Utama, Taman Awam Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.