Monday, July 8, 2013

17 JULAI 2013 (RABU)

9.00 pagi : Mesyuarat EXCO di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Besut, Besut.

10.00 pagi : YABhg. To'Puan Seri Norliza binti Mahmud, isteri kepada Menteri Besar Terengganu ke Majlis Bacaan Yaasin untuk Allahyarham Dr. A. Rahman bin Mokhtar anjuran Serikandi di Lot PT 2834/5, Rumah Kedai, Jalan Semarak, Kuala Besut.
*Penyampaian Cek Sumbangan diadakan selepas program.

6.45 petang : YAB Menteri Besar Terengganu ke Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Bersama Pengundi Cawangan Air Terjun di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Puteri (Masjid Air Terjun), Besut.

16 JULAI 2013 (SELASA)

Program Lawatan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Kuala Besut.

3.00 petang : Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Gong Kedak, Besut. 
3.15 petang : ke Majlis Pecah Tanah Sek. Men. Keb. Alor Peroi, Besut. 
4.30 petang : Bergerak ke Masjid An Naim, Alor Teratai untuk Solat Asar berjemaah dan beramah mesra dengan jemaah. 
5.20 petang : Bergerak ke Bazar Ramadan di Tapak Pasar Tani Kuala Besut / walk about.
6.35 petang : Bergerak ke Masjid Teluk Bayu untuk menyempurnakan Majlis Sumbangan Kepada Anak Yatim dan Berbuka Puasa.
8.30 malam : Solat Isyak dan Terawih di Masjid Haji Ishak, Kg. Dengir, Besut.

15 JULAI 2013 (ISNIN)

---

**********

10.00 pagi - 3.00 petang : Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Bergerak (Cukai Taksiran) Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Perumahan Kondo Rakyat, Kuala Ibai.

14 JULAI 2013 (AHAD)

5.00 petang : YAB Menteri Besar Terengganu dan YABhg. To' Puan Seri mengiringi KDYMM Sultan dan Sultanah Terengganu dari Istana Nur Nadhirah ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Kepada Warga Istimewa dan Fakir Miskin di Istana Maziah, Kuala Terengganu
* Pakaian : Kebangsaan

13 JULAI 2013 (SABTU)

3.30 petang - 11.00 malam : YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Kuala Besut.

**********

10.00 pagi - 3.00 petang : Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Bergerak (Cukai Taksiran) Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Perumahan Kondo Rakyat, Kuala Ibai.

12 JULAI 2013 (JUMAAT)

8.30 pagi : YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri Besar Terengganu ke Majlis Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Kota Putera, (berhampiran Mini Stadium), Besut.

12.45 tengah hari : YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan YAB Menteri Besar Terengganu Solat Jumaat di Kuala Besut. (Masjid akan dimaklumkan kemudian)

5.30 petang : YB Dato' Jailani bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Parlimen Hulu Terengganu di Dewan Sivik, Pekan Ajil, Hulu Terengganu

11 JULAI 2013 (KHAMIS)

---

10 JULAI 2013 (RABU)

9.00 pagi : Mesyuarat EXCO di Tingkat U2, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
*Disusuli dengan Majlis Penyerahan Cek Zakat TDM Perniagaan KFC Peninsular Malaysia Sdn Bhd dan Pizza Hut Restaurant Sdn Berhad di Damai Lounge, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
*SELAMAT BERPUASA!*

Sunday, July 7, 2013

9 JULAI 2013 (SELASA)

9.45 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu dan YABhg. To' Puan Seri ke Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-51 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

3.00 petang : Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk ke Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) di Dataran Kuala Besut, Besut.

8 JULAI 2013 (ISNIN)

8.30 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu menerima Kunjungan Hormat Daripada TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia di Pejabat Menteri Besar, Tingkat 16, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. (UKOM sahaja)

10.00 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu ke Majlis Mengadap Oleh TYT Herman Prayitno, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia Kepada KDYMM Tuanku Sultan Terengganu di Istana Badariah, Kuala Terengganu. (TERTUTUP)

4.55 petang : YAB Menteri Besar Terengganu Mengiringi KDYMM Tuanku Sultan Terengganu dari Istana Nur Nadhirah ke Maqam Masjid Abidin, seterusnya ke Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu bersempena Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan AlMubarak Tahun 1434h/2013M.

**********

10.00 pagi - 3.00 petang : Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Bergerak (Cukai Taksiran) Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Perumahan Kondo Rakyat, Kg. Batin.

7 JULAI 2013 (AHAD)

7.20 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu dan YABhg. To' Puan Seri ke Istiadat Perbarisan dan Tembak Hormat bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-51 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

9.00 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu dan YABhg. To' Puan Seri ke Istiadat Penghadapan & Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-51 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

8.40 malam : YAB Menteri Besar Terengganu dan YABhg. To' Puan Seri ke Majlis Jamuan DiRaja bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-51 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Dewan Santapan, Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

6 JULAI 2013 (SABTU)

10.00 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu melawat kanak-kanak mangsa dera (tiga beradik) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu

**********

10.00 pagi - 3.00 petang : Hari Bertemu Pelanggan dan Kaunter Bergerak (Cukai Taksiran) Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Taman PMINT Perdana, Kg. Batin

5 JULAI 2013 (JUMAAT)

---

Thursday, June 27, 2013

4 JULAI 2013 (KHAMIS)

9.30 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu hadir ke Majlis Pemasyhuran Nama dan Istiadat Menaikkan Bendera di Istana Baru, Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

07.00 malam : YAB Menteri Besar Terengganu dan Toh Puan Seri Kemajlis Solat Hajat Bacaan Yaasin dan Doa Salawat bersempena Ulangtahun Ke-51 Hari Keputeraan KDYMM Sultan Terengganu di Balai Islam, Istana Bukit Chendering, Kuala Terengganu.