Tuesday, December 3, 2019

7 DISEMBER 2019 (SABTU)

8.00 pagi hingga 6.00 petang : Kem Induksi ADUN Belia Terengganu 2019 anjuran Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) di Permai Hotel, Kuala Terengganu
#Hubungi Puan Tuan Nornajihah binti Tuan Ramli : 011-26911457 

9.00 pagi : YBM Dato' Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri merasmikan Majlis Khatan Perdana 2019 anjuran Jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad di Pekarangan Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu

10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari : Program Pintar Educate (Kelas Pengajian Al-Quran menggunakan aplikasi Quran Irab untuk rakyat) dan Pintar Health (Pemeriksaan Kesihatan Percuma untuk penerima program Bantuan Sara Hidup (BSH) Peka B40) bersempena Pelaksanaan 'Proof Of Consept' (POC) Projek Pintar Terengganu anjuran Syarikat Reality Ventures Sdn Bhd (RVSB) bersama Syarikat Top IT Industries Sdn Bhd (TIISB) di Alur Limbat, Marang

- Operasi Pasca Banjir T-Volt anjuran Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera di Kampung La, Besut
#Hubungi Encik Abdul Halim bin Chik : 017-3113319 


***************

KARNIVAL HALAL TERENGGANU 2019 
DAN 
INFOKRAF PENJARA PERINGKAT ZON TIMUR 
anjuran Kerajaan Negeri Terengganu 
melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) 
dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
10.00 pagi hingga 10.00 malam 
di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu 
~semua dijemput hadir~

***************