Thursday, November 7, 2019

12 NOVEMBER 2019 (SELASA)

9.00 pagi : Majlis Hafaz Muqaddam dan Graduasi Kanak-Kanak Empat Tahun Taska Permata Keluarga 2019 anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) Kawasan Kuala Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

11.30 pagi : YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri menerima tetamu dari Palestin di Studio TVDI, Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Bangunan Operasi, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu
#UPDI sahaja 

2.00 petang : YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri merasmikan Prgoram Kembara Melestarikan Itqan Al-Muluk Bita'dil As-Suluk (Kalimat) Negeri Terengganu Darul Iman 1441H/2019M di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

2.00 petang : Program Daie Ummah Bersama Komuniti : Antara Keagungan Maulidur Rasul dan Mukjizat Al-Quran anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) di Dewan Sivik Bukit Payung, Marang
#4.00 petang : YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri merasmikan dan Gimik Penyerahan Waqaf Al-Quran 'Untukmu Ummah' 

7.15 petang : Ceramah Bersama Dua Tokoh Ulama Palestin, Pengarah & Ketua Imam Masjid Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al-Kiswani dan Imam & Khatib Masjid Nabi Ibrahim, Hebron (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Palestin) bersempena kehadiran julung kalinya ke Malaysia dan Terengganu di Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai, Kuala Terengganu