Thursday, October 3, 2019

8 OKTOBER 2019 (SELASA)

8.30 pagi : Program Plogging@Setiu Wetlands (walk & care) bersempena Hari Habitat Sedunia 2019 anjuran bersama WWF Malaysia dan Majlis Daerah Setiu (MDS) di Pantai Kuala Baru, Kg. Mangkok, Setiu
#Penglibatan peserta pelajar UiTM Kampus Machang, WWF dan MDS

9.00 pagi : YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri merasmikan Terengganu Eco Marine & Tourism Conference (TEMCO) 2019 di Dewan Teater, Aras Bawah, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

10.00 pagi : YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelaksanaan Projek Perkhidmatan Smart ICT dan Infrastruktur Digital Untuk Pintar Terengganu di antara TOP IT Industries Sdn Bhd, Reality Ventures Sdn Bhd dan Kreatif Apps Sdn Bhd di Dewan Utama, TD 1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
#Sidang Media selepas MoU

10.00 pagi : YB Dato’ Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua DUN Terengganu mengadakan Lawatan Kerja ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir, Hulu Terengganu

9.00 pagi : YB Dato' Haji Mahfuz bin Omar, Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia merasmikan Program Dialog Halatuju TVET Di Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Timur (JPK) dan TATI University College (TATIUC) di Dewan Canselor TATIUC, Teluk Kalong, Kemaman

2.00 petang : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menerima kunjungan hormat NGO Yaman Care dan Wakil dari Yaman di Pejabat YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu
#UPDI sahaja.

2.30 petang : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menghadiri Majlis Penutupan Karnival Inovasi ICT Negeri Terengganu di Terengganu Digital Hub (TD1303), Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu
#Sidang Media selepas majlis penutupan

***************

KARNIVAL ICT NEGERI TERENGGANU
anjuran
Kerajaan Negeri Terengganu
melalui
Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat 
10.00 pagi hingga 10.00 malam 
di Terengganu Digital Hub (TD1303)
Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala Terengganu
~semua dijemput hadir~

***************