Monday, September 30, 2019

5 OKTOBER 2019 (SABTU)

8.15 pagi : YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menyampaikan Ucapan Perasmian bersempena Himpunan Huffaz Permata Al Quran Malaysia dan Nusantara Kali Ke-7/2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.

8.30 pagi : YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Ahli Parlimen Kuala Nerus merasmikan Program Kayuhan Amal Anak Terengganu anjuran Kerajaan Negeri Terengganu melalui Pejabat Pembangunan Belia, Sukan dan NGO dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu dan XIRI Group & Isuzu di Pasaraya XIRI Gong Badak, Kuala Nerus

11.30 pagi : YB Dato’ Haji Yahaya bin Ali, Yang Dipertua DUN Terengganu merasmikan Program Karnival Main Gayong Pantai Timur anjuran bersama Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dengan Pertubuhan Persaudaraan Seni Silat Melayu Pantai Timur (PERSIMA) dan Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman.

5.00 petang : YB Dr. Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri menghadiri Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah sempena Himpunan Lembu Sado Pantai Timur D'Jabi 2019 di Dataran Pekan Jabi, Besut