Thursday, May 16, 2019

20 MEI 2019 (ISNIN)

9.00 pagi : Sidang Media oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan bersempena Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Terengganu (MTNg) di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 17, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

9.30 pagi : YBM Dato' Haji Tengku Hassan bin Tengku Omar, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran Negeri menghadiri Program Sumbangan Zakat Ramadan Bersama Muadz Force di Pasaraya Mydin Gong Badak, Kuala Nerus

10.00 pagi : YB Dr. Haji Alias bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri menghadiri Majlis Pelancaran Pusat Latihan Sany IBS di Sany PC Manufacturing Sdn. Bhd. (Hadapan Resort World Kijal), Kemaman

10.55 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Hari Raya Aidil Fitri 1440Hijrah/2019 Masehi Yayasan Tuanku Nur Zahirah di Dewan Az-Zahra’ Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu.
#Etika Pakaian :
- Baju Melayu Kebangsaan Bersampin dan Bersongkok (Lelaki)
- Baju Kurung (Perempuan)
- Pakaian Warna Kuning dan Putih tidak dibenarkan
#Hubungi Puan Nurul Ain binti Norazuan : 014-2126511