Sunday, December 2, 2018

6 DISEMBER 2018 (KHAMIS)

8.45 pagi :  YB Tuan Haji Mohd Khuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1440H/2018M Peringkat Daerah Besut di Dewan Kota Puetra Square, Kg. Raja, Besut

9.30 pagi : YB Ustaz Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor

10.30 pagi : YB Dato' Haji A. Rahman bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Terengganu menyempurnakan Majlis Perasmian Program Menderma Darah MAKSAK Terengganu 2018 anjuran Majlis Kebajikan dan Anggota-Anggota Kerajaan Terengganu (MAKSAK) dan Majlis Keselamtan Jalan Raya (MKJR) dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

2.00 petang : YAB Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TI) dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) di Clarke Ballroom, Level 6, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur.
#Sidang Media selepas MoU

3.00 petang : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menghadiri Program Jelajah EXCO Bersama Belia di Kompleks Rakan Muda, Besut

9.00 malam : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menghadiri Program Dialog Anak Muda berkaitan Bajet Terengganu 2019 anjuran i-MITS Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Hulu Terengganu