Sunday, November 18, 2018

22 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)

8.45 pagi : YB Tuan Haji Yahaya bin Ali, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan Kunjungan Hormat ke Konti Manis FM di Pejabat Manis FM Cabang Tiga, Kuala Terengganu.

9.00 pagi : YB Ustaz Ariffin bin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri mengadakan Lawatan Kerja ke Boardwalk Setiu Wetland, Pengkalan Gelap, Permaisuri, Setiu.
#Sidang Media selepas lawatan di Terrapuri Heritage Village, Penarik, Setiu.


10.00 pagi : YB Tuan Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri merasmikan Majlis Perasmian Program Konsultasi Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Negeri Terengganu (KPKKT) Bersama Komuniti 2018 di Dewan Orang Ramai, Kampung Tepus, Dungun

10.30 pagi : YB Tuan Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri menghadiri Program Sembang Santai Usahawan Bersama EXCO Peringkat Daerah Kemaman di Dewan Dato' Seri Amar, Chukai, Kemaman

3.00 petang : Sidang Media oleh YB Tuan Haji Mohd Nurkhuzaini bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja Negeri : Pra Pelancaran dan Hi-Tea bersempena Karnival I-Spa & Wellness anjuran Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad (KOSPA) bersama ANGKASA dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu di SUMAI Hotel Apartment, Kuala Terengganu.

4.00 petang : YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri menyempurnakan Majlis Flag-off Pasukan Misi Kemanusiaan Palu, Indonesia di Pekarangan Pintu Pelepasan, Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus