Thursday, May 11, 2017

15 MEI 2017 (ISNIN)

9.00 pagi : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Dato' Tengku Putera bin Tengku Awang, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan dan Perdagangan Negeri merasmikan Majlis Perasmian Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2017 di Dewan Mandalika, Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.

10.00 pagi : YABhg. To' Puan Seri Hajah Halina binti Zakaria, isteri kepada Menteri Besar Terengganu menghadiri Program Sambutan Guru Penyayang Sek. Keb. Bukit Nenas di Kantin Sek. Keb. Bukit Nenas, Kuala Nerus

3.00 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu melancarkan Projek Tanaman Jagung Untuk Makanan Haiwan di TKPM Rhu Tapai, Setiu.

8.00 malam : YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri menghadiri Majlis Program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN 50) Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2017 di Dewan Besar Sek. Men. Keb. Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu.

8.30 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Dato' Haji Mohd Zubir bin Embong, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke Majlis Makan Malam Bersama TYT Duta-Duta bersempena Lawatan Familiarisation ke Terengganu di Duyong Marina & Resort, Pulau Duyong, Kuala Terengganu

8.45 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Rozailan bin Ibrahim @ Mamat, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar ke Majlis Makan Malam bersempena Program Kembara Media Negaraku 2017 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Dewan Gamelan 1 & 2, Hotel Primula Beach, Kuaala Terengganu.

No comments:

Post a Comment