Monday, April 3, 2017

8 APRIL 2017 (SABTU)

3.00 pagi : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Pelepasan (Flag Off) Kategori 80km (Qualifier) dan 80km (CEN) Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.

7.30 pagi : YB Dato' Haji Wan Nawawi bin Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Majlis Pelepasan (Flag Off) Acara 40km Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.

11.55 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan dan Sultanah Terengganu berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Hadiah sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.

3.00 petang : Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, YM Tun Ahmad Faisal bin Tun Abd. Razak merasmikan Majlis Pra Pelancaran 'Duyung Art Festival 2017' (DAF 2017) di Pekarangan Duyung Art Gallery, Jeti Pulau Duyung, Kuala Terengganu.

5.00 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu mewakilkan YB Dato' Haji Rozi bin Haji Mmat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri ke Mjlis Perasmian Event Himpunan Kelab-Kelab Kereta & Mega Permotoran Autoshow Terengganu 2017 di Pekarangan Tempat Letak Kereta, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus

---pagi : YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia ke Pelancaran Fit Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Pekarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus.
#Hubungi Encik Ahmad Khailani bin Muhammad : 010-4065003
(PROGRAM INI DITUNDA KE SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN)

***************

HARI BERTEMU PELANGGAN DAN 
KAUNTER BERGERAK (CUKAI TAKSIRAN)
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU (MBKT)
9.00 pagi hingga 3.00 petang 
 di Hadapan Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Nerus 


***************