Thursday, November 10, 2016

17 NOVEMBER 2016 (KHAMIS)

10.15 pagi : YAB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu menghadiri Majlis Perasmian Makmal Tisu Didik TroBio Research Sdn Bhd oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu di Pekarangan Makmal Tisu Didik, Terengganu Agrobiotech Centre, Kompleks Pertanian Negeri, Ajil, Hulu Terengganu.

11.15 pagi : YB Haji A. Latiff bin Awang, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri ke Majlis Perasmian Program Monsoon Science Camp (MSC) 2016 anjuran Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di Dewan Regency Titanium, The Regency Waterfront Hotel, Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

9.00 malam : YAB Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu menyaksikan Pertandingan Akhir Bola Sepak Piala EPIC di Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mengambang Telipot, Kuala Nerus