Wednesday, May 20, 2015

25 MEI 2015 (ISNIN)

9.00 pagi : YB Ir. Rosli bin Othman, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri ke Majlis Penyerahan Kunci Kumpulan Ke-2 Rumah Mampu Milik (RMM) Gong Chengal, Kemasik di Tapak Projek RMM Gong Chengal, Kemasik, Kemaman.

9.30 pagi : YB Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2015 di Dewan Sri Diman, Sek. Men. Keb. Bukit Diman, Hulu Terengganu.

11.00 pagi : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2015 Peringkat Negeri Terengganu anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu di Dataran Pasaraya Giant, Kuala Terengganu.

12.30 tengah hari : YBhg. Encik Marzuki bin Endut, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) merasmikan Program Bicara Transformasi dan Inspirasi CEO Muda bersempena Program Karnival Tirai Ramadan anjuran Kolej Inforana di Dewan Ar-Rayyan, Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, Kuala Nerus.

2.00 petang : YB Dato' Seri Haji Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman di Dewan Canselor TATIUC, Teluk Kalong, Kemaman.