Wednesday, April 22, 2015

30 APRIL 2015 (KHAMIS)

9.00 pagi : Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Pingat-Pingat Kebesaran Negeri di Singgahsana Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
#Pakaian : 
i) Lelaki - Baju Melayu Hitam/Lounge Suit Hitam/Gelap
ii)Perempuan - Baju Kurung Bertudung

12.00 tengah hari : Majlis Penyampaian Sumbangan Tiket Penerbangan dan Wang Saku Kepada Ibu Bapa Nur Atikah binti Alias, Pelajar Perubatan Tajaan Yayasan Terengganu di Rusia di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 1, Bangunan Yayasan Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu.

6.30 petang : YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Solat Hajat dan Tazkirah Perdana Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin anjuran Kerajaan Negeri Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu.
#Semua dijemput hadir
#Sila bawa sejadah bersama