Tuesday, April 22, 2014

26 APRIL 2014 (SABTU)

*HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU*

10.00 pagi : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Haji Nawi bin Mohamad (EXCO) untuk merasmikan Pusat Apiari di Taman Pertanian Sekayu, Hulu Terengganu.

12.00 tengah hari : YB Encik A.Latiff bin Awang (EXCO) ke Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah bersempena Pesta Sukan Air Marang 2014 anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Marang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu di Pulau Kekabu, Bandar Marang (Marang Waterfront).

2.15 petang : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu ke Majlis Perjumpaan antara Menteri Besar dengan Pemimpin Masyarakat Negeri Terengganu di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.

7.00 malam : YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu dan isteri, YABhg. To' Puan Seri Norliza binti Mahmud ke Majlis Jamuan Negara meraikan TYT Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur.