Sunday, September 29, 2013

5 OKTOBER 2013 (SABTU)

8.00 pagi hingga 3.30 petang: Program Kesihatan Institut Jantung Negara (IJN) & Media Prima Bersama Komuniti DUN Seberang Takir, Kuala Terengganu. Bertempat di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia, Telaga Daing, Seberang Takir.
#Sidang Media Selepas Perasmian

11.00 pagi : YAB Menteri Besar Terengganu mewakilkan kepada YB Encik Mohd Mahdi bin Musa, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu untuk merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Terengganu 2013 di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Kemaman.

12.15 tengah hari : YAB Menteri Besar Terengganu merasmikan Majlis Penutupan Program Sentuhan Mahabbah bersempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 Gerakan Belia 4B Malaysia Terengganu di Dewan Teater Utama, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu.

5.15 petang : YAB Menteri Besar Terengganu ke Majlis Pelepasan (Flag Off) Peserta Sultan Mizan Cup di TIEP Lembah Bidong, Setiu.