Thursday, September 29, 2011

29/9/2011 (Khamis)

8.45 pagi : YBhg. Dato' Haji Wan Ahmad bin Wan Muda, Timbalan Setiausaha Kerajaan(Pengurusan) hadir pada Majlis Perasmian Program Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Isu Kebangkrapan Di Malaysia dan Khidmat Bantuan Guaman Kepada Penjawat Awam/Ahli Cuepacs Zon Timur bertempat di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

9.00 pagi hingga 5.00 petang : Seminar Lebah Peringkat Kebangsaan dan ApiExpo 2011.
Seminar Bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu manakala Pameran bertempat di Dataran Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.


11.00 pagi hingga 2.00 petang : Majlis Bersama Graduan Pasca Siswazah Sempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Universiti Malaysia Terengganu Tahun 2011 bertempat di BB Seafood Garden, Gong Badak, Kuala Terengganu.

12.00 tengah hari : YB. Haji Ahmad Razif bin Abd. Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Sumber Manusia Negeri Terengganu) hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Terengganu bertempat di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu.

2.30 petang : YB. Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri) hadir pada Majlis Perasmian Ekspo Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2011 bertempat di Galeri B, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.